Kejadian ni dah lama berlaku. Tetiba teringat balik sebab terpandang heklan susu Dugro terpampang penuh satu muka surat depan surat kabor Mega, Utusan Malaysia. Tempat kejadian kat Klinik Kesihatan, Presint 9, Putrajaya. Masa tu aku bawak Iman gi timbang umur nam bulan. Time tu badan Iman perghhh...gedempol wokey! Lengan ketak2. Semua orang geram! So, adela satu akak ni (aku gelorkan dia Ibu A) duk sbelah aku. Yang akak sorang lagi ni (Ibu B) duk depan aku. Maka, berborakla kedua ibu2 ni. Aku malas nak layan. Aku duk gomo2 Iman. Topik perbualan tentang susu.
Ibu B: Anak awak minum susu apa?
Ibu A: Susu Dupro. Risau la sekarang yang kes susu tercemar kat China tu. Sampai boleh mati budak dibuatnya. Saya make sure dalam susu tu ada khasiat yang cukup untuk anak saya ni ha. Yang penting ada Maxi-Q, DHA, AA (dan bagai2 ABC lain yang disebut ibu tersebut). Anak awak pulak? Minum susu apa?
Ibu B: Betul tu. Bila nak pilih susu ni, kita kena pilih betul2. Kena tengok kualiti, tengok zat2 yang ada. Saya dari zaman anak 1st lagi bagi minum susu Enfalac A+. Yela, untuk kepentingan anak2 kan. Mahal pun takde nak berkira. Yang penting anak2 dapat khasiat. Susu tu pun bagus. Ada boost brain (bla bla bla)
Ibu A: Mesti baguskan sebab setahu saya susu tu mahal?
Ibu B: (aku nampak dia blushing sambil tersenyum kerepot herot) Eh, takdela mahal sangat. Yang refill tu baru (baru wokey!) 55 hengget. Okla. Niat kita sebagai mak ni suci. Nakkan semuanya terbaik untuk anak2.
Kemudian, Ibu A pun menyapa aku dengan senyuman manis.
Ibu A: Anak awak minum susu apa ye? Semangat sangat nampak! Mesti susu mahal jugak ni.
Aku: Hehehehe, (sengeh giler kerang busuk punyer style) takdela. Anak saya minum SUSU TETEK je. Saya tak mampu nak beli susu mahal2. Lagi pun Allah Ta'ala tu Maha Kaya. Di baginya kita tetek yang boleh mengeluarkan susu yang terbaik dalam dunia ni. Bolehla saya berjimat, kak. Takyah nak risau nak beli susu tiap2 bulan. Senang pun senang. Bila2 masa je boleh selak baju kasik. Takyah nak bancuh2 segala. Takdela kita nak risaukan pasal ade bahan tercemar ke idak dalam susu. Dijamin selamat, sihat dan berkhasiat. Fresh dari kilang! Hehehe (sambil selak baju kasik Iman susu).
budak sehat!!
ce tengok peha dan lengan saya!! ce tengok! ce tengok!
tengoklah pipi dan dagu saya..mantop kan?
ini budak aku kene kendong sampai ke Hanoi sebab sumber makanan dia di dadaku...
Kuikuikui. Jahatke aku berkata begitu?? Rasanya tak kut. Dulu2 aku pun tak yakin nak susukan Iman. Takut tak cukup susula, nanti susu takde la (statement yang kebanyakkan ibu2 bagitau. Aku dulu pun macam tu jugak masa ngandungkan Iman). Statement aku pulak, takut takde susu n puting aku pendek, nanti susu tak kluor. (owh, kureng cerdik sungguh rasanya aku masa tu). Tapi masa duk search pasal breastfeed ni, aku terjumpa ngan satu quote yang membuka mata, hati dan mindaku.
"BREASTFEEDING is not the nipple feed, but breast feed"
&
Tiada seorang ibu pun di muka bumi ALLAH ini yang tidak dikurniakan susu. Semuanya ada!
&
Tiada seorang ibu pun di muka bumi ALLAH ini yang tidak dikurniakan susu. Semuanya ada!
Betul tu! Bukannye nipple feed, tapi keseluruhan tetek tu yang memainkan peranan. Bila ko bagi puting je, jawabnye pedihla dik oii. Silap2 aribulan boleh luka! Tapi bila ko bagi keseluruhan kawasan aerola tu masuk lam mulut anak, perghh..nikmat!! Kan? Kan? Yang nyusukan anak leh rasa la feel kesedapan bila anak nyonyot. Maha Kaya Allah yang menjadikkan tetek itu sumber makanan kepada anak. Merapatkan kasih sayang. (Nak balik...teringatkan Iman!!) Huhu. So, takyah la korang risau. Puting pendek ke ape ke, kompem korang leh nyusukan anak korang. Cuma kene carikla ilmu penyusuan lebih sikit. Kalau kurang ilmu memang susah skit nak tercapai hasrat korang nak menyusukan anak. Apa pun, teruskan usaha, tingkatkan pengetahuan dan yang paling penting dorongan dari insan tersayang banyak membantu nawaitu kita untuk menyusukan anak.
S E K I A N
1 comments:
sy nk juga :)
Post a Comment