Aduyai..nilah kalau nak buat majlis tak planning betul-betul. Daku la yang gelenyanya. Sokmo tokleh sabar. Saje buat-buat takleh tunggu minggu lain. Nak minggu ngundi tu jugak! Rasakan. Dengan baju Hana tak cari lagi (almaklumla, baby girl khen? Kenala pakai gown gittu). Time abang-abang dia dulu, blasah je baju apa pun. Balik kampung 1 Mei. Flight malamla pulok. Tidur KB dulula jawabnya malam tu. 2 Mei baru balik Besut. Majlisnya 3 Mei. Hah, padan muka. Sure ni kelam kabut kekgi. Masa buat entry ni barula terfikir, apsal tak buat minggu berikutnya lepas ngundi tu. Peja pun memang balik minggu tu. Dah nak buat ganer, mulut dah terlaju kabo kat Tok Ma nak buat minggu ngundi tu jugak! Kambing pun suruh Tok Ma je cari. Memang serah bulat-bulat kat Tok Ma la handle. Huhu.
Tadi sesaja call Tok Ma, tanya macam mana. Dah beres ke? Ada mende-mende yang nak kena topup ke. Nak daku beli kat KL ni ke. Tok Ma cakap; "Semua dah beres. Sisa (goodies) pun siap dah ni. Esok nak gi Jerteh tambah sikit-sikit mana yang kurang". Tu dia Tok Ma, semangat nak buat majlis cucu! Hehehe. Goyang kakila Ummi dia. Memang bawak balik tuan puteri Hana je nanti. Yang lain semua dah beres. Tok Ma cakap Tok Yah pun sama naik buat preparation. Bekas nak buh kurma, garam, air zam-zam, gunting and rambut dah siap semua. Huhu. Betul-betul semangat tok kamu ni Hana. Yela, rasanya umah Besut dah lama tak buat kenduri.
Haa, back to the topic. I'm hunting for baju akikah Hana! Nak kluar rumah tak boleh sebab tengah berpantang! Kalau tak, daku cari je kat Lovely Lace ke, Mother Care ke. Tapi harga kompem-kompem lak tahap rabak mata punye khen? Kuikuikui. Ada hikmah gak mak kamu ni tengah berpantang dik! Makanya, hunting dalam FB jela. Dah terberkenan ngan baju ni, harga pun oklah. Sangat reasonable. Nama FB kedai ni ialah Sofea Collection's. Ni bukan Sofea yang jahit maternity pillow tu tau. Ni lain punya Sofea. Hehehe. Adala dua tiga lai baju yang daku berkenan.
Cantikkan? Aduhai, ginila rasa bila dah ada baby girl eh? Abihla...
Tuan kedai duk kat Bangi je. Memang cun la, boleh gi amik by hand (mana dan nak tunggu postage bagai ni, masa dah suntuk!) Sekali dia bagi tau, stok dress masuk ari Khamis! Grrrrr. Nak nanges rasanya! Size dah ada, stok je delay sehari. Arghhh! Maka, pencarian diteruskan lagi. Mata meliar je dalam FB tu duk cari kedai-kedai yang jual dress. Payah gak nak cari yang size ala-ala newborn to 3 months ni. Tak banyak pilihan. Skodeng punya skodeng, terjumpala kedai lain lak, Butik Babyku Stylo.
Ha..yang marron tu yang menjadi pilihan. Gown kembang ko! Silap haribulan tenggelam si Hana dalam baju ni. Dah kembang sangat gownnye. Hehehe. Set, baju dah dapat. Dah nak ada hairband pulok. Hehe, kasik can la sket kawan-kawan. Daku baru merasa ada baby girl! Ngeee. Hairband pun shopping dalam FB je. Nasib orang berpantang. Ok gak tu, tidakla penat turun naik tangga mall khen? Hehehe. Hairband daku beli kat kedai Ungku Hazwani. Banyak hairband and headband yang cantik-cantik. Kalau tak kuat iman memang borong semua.
Nasib baik sedar diri, so beli 1 je la. Hehehe. Hairband yang menjadi pilihan ialah yang putih tu. Match la ngan bunga yang ada kat baju tu khen. Nanti tunggu Hana pakai pada 3 Mei ye. Skarang tak rasmi lagi. Huhu. Kepada kengkawan yang ade kat Besut pada 3 Mei kekgi jemput datang ke rumah ye. Ada buat makan kambing skit-skit. Ok, jumpa anda di sana.