Friday, April 8, 2011

Bukit Tinggi Part 2

Day 2
28 Januari 2011

Huhu, pagi yang cerah kini sudah tiba! Hoyeh! Kitaorang semua pulun breakfast kat hotel. Menu nasik goreng. Boleyla derr. Dalam jam 8 pagi W.I.B, Pak Tony ganteng dah ready menunggu kat lobi hotel. Acara seterusnya ialah menuju ke Sulaman & Bordiran Hajah Rosma. Mengikut cerita Pak Tony, Hajah Rosma dulunya seorang guru. Memandangkan jaman dulukan susah, ramai penduduk tak mampu nak hantar anak ke sekolah, maka Hajah Rosma ni pun terfikir satu cara yang boleh menyumbangkan pendapatan kepada warga kampung. Kebetulan, Hajah Rosma ni pandai menyulam. Jadi, dia ajar anak2 gadis kampung dia dengan kepakaran yang dia ada. Sebab tu Hajah Rosma ni sangat terkenal di seluruh Indonesia kerana jasanya yang telah disumbangkan untuk memajukan kampung dia. Famous sangat, sampaikan program Nona kat TV3 tu pun pernah buat liputan sampai ke sini. Tapi of coursela, harganya bisa cecah ribuan Ringgit ya buk! Bukan Rupiah tau! Huhu 
 


Inilah tokey besarnya, Hajah Rosma. Masih sihat lagi.

Tengok sulamannya, halus sekali!

Huhu..boleh pandang-pandang je la, nak beli den tak mampu

Ok, sesudah menjamu mata kat Sulaman & Bordiran Hajah Rosma, kita orang gerak2 khas menuju ke Perusahaan Kiniko, tempat buat kerepek pisang n kopi di Batu Sangkar. Dapatla tengok macam mana depa buat pisang salai. Best woo..rangup2! Kat sini, kita boleh minum  air kopi or teh free je tau. Korang nak balun minum sampai kembung pun takpe.  Pekene kopi atau teh ditambah pula dengan pisang salai yang panas2 dalam cuaca dingin, pergghhh..marbeles!! Kat sini, cuacanya sejuk! Macam kat Genting wokey. Kalau bercakap memang keluar asap. Udahla sejuk, pemandangan pulak..hijau je. Sehat betul mata aku kat sini.



Tengok orang tengah packing pisang salai

The pisang salai

Sila duduk ye tuan2 sekalian. Sambil jamu mata, sambil2 jamu perut

Jangan terkentut ye bila tengok muke kegedikkan gadis berdua ini. Uuhuhu

Tengok tu uolls, hijau je. Betul2 segar mataku duk di Bukit Tinggi ni


Lepas layan krepek pisang, minum kopi dan of course la posing maut bagai kat Kiniko tadi, maka perut pun sudah menggelegak minta diisi.  Stakat kerepek pisang je kan. Mana nak tahan beb. Perut aku ni perut jati nak kene masuk nasik. Barulah complete hariku.  Kali ni Pak Tony bawak kita orang memuaskan napsu makan kat Restoran Pondok Flora. Restoran ni kat tengah2 sawah. Best woo, feel makan sambil dibuai2 angin sawah. Huhu. Time ni aku lupa apa itu maksud OPIS!




Agak2 ko dah kenyang, ko bagi pulak ikan2 ni makan.

Jus sirsak a.k.a Durian Belanda

Wonggeh, perut sudah kenyang, moh kita sambung perjalanan ke Istana Pagar Ruyong. Istana ni now buat syarat je. Tiga kali bina, tiga kali di sambar petir. Apa pasal kerap disambor petir, aku pun tak tahu. Kita orang stop sekejap je, untuk apa tuan2 sekalian? Haruslah untuk posing!! Huhu
 
Konon2 Pak Tony cakap stop kejap je ye. 10 minit cukup. Haram jadah 10 minit. Last2 stengah jam jugak kita orang jadi model terhormat kat sini


Pak Tony yang sabor menunggu kami berposing. Sorry ya pak!

Bila masing2 dah selesai dengan style posing maut mengancam, perjalanan diteruskan lagi menuju ke Tasik Singkarak. Dengan keluasan 107.8 kilometer persegi, ia merupakan tasik yang terbesar di Sumatera Barat. Jalan nak menuju ke tasik ni macam ular kena palu. Kalau korang yang jenis tak tahan, siap2kanlah plastik dengan minyak cap kapak bagai wokey. Kang pening2 ke or nak termuntah ke adela yang boleh ditadah dan mende berangin skit yang nak dicium buat ilang mabuk. Pastu, kitaorang singgah di Pandai Sikek, kerajinan membuat songket dan ukiran kayu.



Tasik Singkarak


Ni kat Pandai Sikek di Batu Sangkar

View kat blakang kedai di Pandai Sikek. Sejuk ye tuan2 sekalian kat kampung ni

Another superb view at Pandai Sikek, Batu Sangkar

Ok, bila dah membuat sedikit (sikit je ye) borongan kat Pandai Sikek tadi, kita orang pun menuju balik ke Bukit Tinggi. Time ni dah petang dah. Energy pun dah tak berapa nak banyak. Masa dalam coster blasah tido sampai terteleng2 kepala. Huhu. Tapi bila sampai je kat Ngarai Sianok, segar balik mata. Ngarai ni dekat bebenor ngan hotel kita orang. Jalan kaki dalam 20 tapak je kut sampai la kat hotel. Kat ngarai ni ada kubu Jepun jaman dulu2 punyer, atau dalam bahasa Indonnya disebut Lobang Jepang. Korang boleh la masuk lobang ni mengintai sejarah lama, macam mana rakyat tempatan kene seksa ngan Jepun. Tapi aku ngan McNa tak berani masuk. Kitaorang mestila masuk lobang lain! Lobang membeli belah! Huhu. Kat sini pun ade deretan kedai jugak. Boleh la korang buat terapi kat sini. Dah dekat Maghrib, kita orang menapak je ke hotel. Selesai semua urusan,malam tu kami makan di restoran tempatan. Gambo nanti aku try kodek ngan McNa sebab malam tu aku tak bawak kamera sebab nak jimatkan bateri yang ade. Aku lupa bawak charger camera daa..
Kalau Amerika tersohor ngan Gran Canyon, Indon pulak terkenal ngan Sianok Canyon


Ni la 'lobang' yang kami terjah! Deretan kedai yang setia menanti


  Huhu..tempat terapiku!!

0 comments:

Post a Comment