Friday, April 15, 2011

Cak?!

Berhari-hari (konon) menyepi dari dunia cyber, hari ini haku menjelma kembali. Cak! Cak! Cak! Biasala, kalau jadi jusa kenala pegi kursuskan, untuk meningkatkan lagi kemahiran la konon. Muakekeke. Ade orang nak terkentut ke dengar kenyataan haku ni? Silakan!!! Kursusnya tiga hari je..kat INTAN Jalan Elmu je pun. Bukan jauh nau. Tapi saje nak berlagak, nak bagi tau uolls. Dapatla tiga hari berkursus. Empat hari lagi ni, mana nak cekau! Aku drive sorang2 wokey! Very the adventure! Hari pertama tak bukak aircond. Tangan sejuk beku! Dah lama wei tak drive sendiri. Berdebau-debau jantung! Slalunya aku jadi mam besor kat sbelah. Silang panggung siap tido kroh kroh lagi. Kali ni sendiri bawak, nempuh jam area PJ nun segala. Udahle bawak kreta manual. Memang kejang kaki kiriku. Hadoi, seksa!! Dah kluor awal pun sangkut jugak! Hari kedua ngan ketiga aku dah boleh marah2 lagi dalam kreta kalau orang lain bawak lembap. Memang aku suspek respek la ngan tahap kesabaran manusia2 yang tempat kejenya sentiasa kene tempuh jam super duper. Memang dia orang ni kuat! Kuat sebab sentiasa sabar. Untung rasanya keje kat Putrajaya. Stakat sesak2 manja secoet time nak masuk opis tu kira ok la. Syukran alhamdulillah.

 6.30am, dah sesak! Ni kat jalan nak kluor dari Puncak Jalil


 Tempat kejadian: Depan Giant Kinrara. Hari2 sesak



 Kursus ringan2 je. Huhu, kasik rilek otak sket


Sesi penamaan calon tok penghulu & penghuluwati


Hehehe..saya dah dapat 3 hari berkursus!

2 comments:

Tihara said...

salam singgah,

sejak duk kg..tak merasa dah
suasana jammed :)

Cik Mek said...

Salam...
Nyaman kan duk kat kampung. Tenang jiwa..

Post a Comment