Monday, July 25, 2011

Kami benci online shop yang tipu & makan duit haram!!!

Memang kami benci you! Nyampah! Dah banyak kali aku beli online, boleh pulak kali ni yang terkena. Al- kisah, aku beli cardigan warna hitam dengan harga RM26 plus RM6 untuk postage, so total is RM35. Walaupun korang kata ala...baru 35 henggget, orang lain kene tipu beribu-ribu pun rilek je...takde kecoh-kecoh. Hallo, itu orang lain. Orang lain tu kaya, duit berkepok-kepok dalam poket. Takat riban-riban ni lekat celah gigi je dow! Aku ni duit tak berapa nak berkepok. Berklepek klepek je bunyinya. 35 hengget tu hasil dari penat lelah aku keje sebagai orang gaji kerajaan wei. Titik peluh aku tu. Rasa tertipu sangat-sangat. Menci la orang niaga cam gini. Nipu! Aku beli online through facebook. Nama kedai ni Plush Lush. Kata ready stock, tapi berjaman aku tunggu! Dari 24 Jun order sampai la tak tau apa cer. Ntah sampai ntah tidak. Time aku memula order dulu, kemain lagi...cepat respon. Ni tanya status barang dah deliver belum, senyap! Ke laut la gamaknya. Seminggu lepas tu baru reply. Kata ada kematian kat kampung. Facebook tak boleh bukak sebab takde line. (hulu benor kampung dia tu kan!) Lama berdendam kesumat, tengok-tengok siap ada page KAMI BENCI ONLINE SHOP YANG TIPU & MAKAN DUIT HARAM! kat Facebook. Hohoho. Bila like page ni, rupa-rupanya ramai yang tertipu ngan Mummy Plush Lush. Kebanyakkannya lewat terima barang atau tak terima langsung. Macam-macam alasan la. Kata kat rumah dia ada pos mini jela, sebab tu barang lambat. Duk umah mak mertua la, kena denggi la. At one time, yes kita akan simpati. Kita akan cuba memahai. Tapi kalau tugas hakiki dia asyik membagi alasan demi alasan je, lelama orang menyampah. Lagu ni aku tujukan khas untuk ko Mummy Plush Lush!

Aku sudah tidak percaya padamu lagi
Lebih baik engkau segera angkat kaki
Aku benci.. benci.. pada dirimu
Aku bosan.. bosan.. pada dirimu
Aku sudah tidak percaya padamu lagi..

Kekekeke. Elok jugak tepek lagu Angkat Kaki by Sheeda ni kat wall Kami benci online shop yang tipu & makan duit haram! Kuikuikui. Aku tunggu je la cardigan tu. Kalau ada rezeki aku, sampaila. Kalau tak sampai-sampai jugak, aku halalkan je la. Kesian kat Mummy Plush Lush tu. Carik rezeki macam gitu bagi anak laki makan. Takpe Mummy, saya halalkan aje duit tu. Buat sedekah kat anak-anak Mummy. 

Sunday, July 24, 2011

Tat Telur la pulok!

Hari minggu datang lagi. Hoyeh! Hoyeh! Boleh bangun lambat, boleh kemas-kemas rumah yang dah macam tongkang pecah tu, boleh main masak-masak. Sebab terlebih rajin hari ni, maka terjadilah kejadian tat telur kat dapur haku yang jarang-jarang berhasap ni. Ececece. Konon asalnya nak buat cistat, tapi cream cheese takdok la pulok. Maleh nak kluor gi kedai yang hanya beberapa tapak ajer dari rumah, kita balun je la buat apa yang boleh. Terima kasih Kak Norasikin Basri sebab sudi share resipi ni. Tocey Sifu!

Tat Telur:

Pastri: 
120 g mentega
50 g gula aising
1 biji telur
240 g tepung gandum
1/2 cmt esen vanila

Kaedah:
  1. Sebaiknya dalam keadaan mentega yang masih sejuk, campurkan dengan tepung gandum. Gaul dengan menggunakan hujung jari kedua-dua tangan sehingga berderai dan menjadi tekstur berupa serbuk roti. Kemudian, masukkan gula dan gaul sebati.
  2. Tambahkan telur dan esen vanila dan sebatikan. Elakkan mengguli dan memegang terlalu lama pastri kerana lemak akan mencair dan doh akan menjadi liat dan lembik.
  3.  Lenserkan acuan tat dengan sedikit mentega atau majerin.
  4. Ambil sedikit adunan pastri dan tekankan sehingga padat dalam acuan mengikut bentuknya.
  5. Gunakan garfu untuk mencucuk adunan yang telah ditekan ke dalam acuan tadi.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180˚C selama 5 minit sehingga pastri separuh masak.
  7. Keluarkan dari oven dan dituangkan 3/4 adunan kastard ke dalamnya. Kemudian dibakar semula 15-20 minit atau sehingga masak.

Kastard: 
1/4 cwn whipping cream1/4 cwn air
1/4 cwn gula pasir
2 cmt susu tepung
3 biji kuning telur
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning

Kaedah:
  1. Susu tepung dicampurkan dengan air dan dikacau sehingga larut. Jika perlu, gunakan air suam untuk memudahkan susu larut.
  2. Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk. Kacau perlahan-lahan menggunakan whisk sehingga semuanya sebati, dan tidak berketul.
  3. Tuangkan ke dalam pastri yang telah separuh masak tadi kira-kira 3/4 penuh.
  4. Bakar dalam  ketuhar pada suhu 180˚C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  5. Keluarkan dari ketuhar dan sedia untuk dihidangkan.

Nak dijadikan cerita, penimbang kat rumahku sorgaku ni telah "selamat" dikerjakan oleh hero-hero Malaya yang melasak ni. Ntah apa depa timbang sampai rosak penimbang tu. Walaupun rege dia nam hengget je, dan beli pun kat MyMydin...tapi banyak jasa woo. Lepas ni ada can ngendeng-ngendeng Mr. Peja soh belikan digital weight scale pulok! Hehe. Wink wink!

Awak, awak...saya nak penimbang yang macam gini, boleh eh?? Ngengenge 
(statement menggoda laki!)


Hasil Tat Telur dengan sukatan yang main agaka-agak...tadaaaa!!!!

Kira okay la untuk first timer macam aku ni kan. Ditambah lagi dengan oven yang tak berapa nak mantop. Sebab tula ada yang tergelap sikit. Yang penting, rasanya nikmat! Pastri dia, rangup sungguh! (sape lagi nak puji kalo bukan diri sendiri). Hmm, esok nak buat apa pulak ye? Jeng jeng jeng.

SELAMAT MENCUBA!

Friday, July 22, 2011

Malaysia VS Chelsea

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di tajinya, tuah manusia siapa yang tahu. Ececece. Main pepatah pulak ye? Nak dijadikan cerita, smalam lepas balik keje ada hamba Allah ni, best preng Mr. Peja la jugak call offer tiket bola. Time tu weoll dah keluar dari Putrajaya nak balik rumah. Terjerit-jerit la Mr.Peja cakap nak! Orang nak bagi weh, seat VIP kat Grand Stand lagi tu. Ko tak nak? Aku nak! So, balik je rumah terus siap-siap untuk ke stadium! Budak-budak?? Hangkut semua sekali la pergi tengok bola! Aku mana ada bibik nak ditinggalkan hero-hero Malayaku itu. Uhuhu. Dekat pukul 7 baru keluar rumah. Nasib baik jalan tak jem. Sampai je kat area depan stadium, kereta dah berlapis-lapis parking kat tepi jalan. Aiseh, mana mau park kereta ni? Last skali, weolls park kereta kat parking LRT Seri Petaling, naik LRT turun kat Bukit Jalil. Takde worang wei! Seronok! Agaknya peaks hours jam lima or enam petang tadi kut.

Best jer naik LRT tak berhimpit-himpit.


Ecececece...tayang tiket nampak?

Sampai Bukit Jalil, Mr.Peja solat jap. Aku jaga hero Malaya. Nasib baik aku dapat cuti rehat. Ngengenge. Lepas tu sempat lagi layan Char Kuey Tiaw ngan megi Goreng sbelum masuk stadium. Isi perut dulu kasik kenyang. Kang takdela yang merengek lapor la, nak itu ini la. Lepas makan, berputar alam pulak kami anak beranak carik pintu masuk. Hadoi, berpeluh-peluh! Nak sangat kan tengok bola. Rasakan! Jenuh jugaklah duk mikul si Iman sambil-sambil cari pintu Merah, akhirnya alhamdulillah, dapat jugak merasa seat VIP tu konon. Kekekeke...and here is my view from the seat.

Hohoho, very the centre!


 
 Okay, game baru nak start


 





Hohoho. Enjoy! Bersorak bagai dalam tu. Game semalam memang best! Malaysia main memang mantop! Apapun kemenangan tipis The Blue 1-0 Malaysia hasil jaringan Drogba (yang konon-konon timbul kontrobesi jugak tu) membuktikan Malaysia juga punya pemain yang bertaraf antarabangsa di bawah binbingan Ong Kim Swee. Cuma skill mereka bermain perlu ditambah baikkan lagi. Good job Malaysia!

Monday, July 18, 2011

Floria 2011

Salam.
Apa khabar uolls semua? Ada baik? Bagus! Yang kureng baik, cepat-cepat jumpa Tuan Doktor. Apa yang penting? SENYUM!! Tak perlu kata apa-apa! Kali ni nak cerita tentang FLORIA. Memang dah terlambatla kluarkan topik ni. Orang lain dah berzaman dah. Ko je yang slow Mek! Takpela, kali ni aku memang suka buat style pekasam. Peram dulu kan. Kekekeke.

Floria ni bermula dari 9 hingga 17 Julai 2011 bertempat di Waterfront, Presint 2, Putrajaya. Selepas pameran yang berjaya pada tahun 2007, 2009 dan dengan lebih 600 000 pelawat dari seluruh dunia pada tahun 2010, Floria kembali dan bersedia untuk menjadi lebih menakjubkan dan berwarna-warni. Memang pun! Tersangat warna warninya. Rasa macam dalam alam fantasi je beb. Dengan tema pada tahun ini “Roses Are Forever”, Floria 2011 akan mempamerkan koleksi terbesar Ros yang berkembang penuh dalam taman tema luaran dan dalaman. Yang best lagi tu, malam harinya ada perarakan bot berhias ko! Pukul 10 malam ada pertunjukan bunga api! Ka boom!!! Tapikan, yang sedihnya aku pegi sorang je kat Floria. Mr.Peja nak berbunga-bunga ni? Mintak mahap la. Itu pasallah aku pegi ngan kengkawan opis. Waktu rehat hari Jumaat kan panjang. Time tulah merempit! Kekeke.







cak??!!

Kalaula dapat pergi waktu malam, tengok perarakan bot berhias tu dengan pertunjukan bunga api...mesti lagi seronok! Tengok gambor jela. Huhuhu. Tangkap leleh seh tengok gambor-gambor ni. Sumber gambar perarakan bot berhias di petik dari Facebook Perbadanan Putrajaya.





Grrr...santik sangat-sangat! Kalau tahun depan ada lagi perarakan bot berhias ni, aku akan paksa jugak Mr.Peja pegi. Mesti anak-anak teruja! Bukan anak je, mak anak yang jakun lebih! Kekekeke.


Sehari bersama Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah


Mintak mahap. Entri PEKASAM. Aku peram bior cukup masak! 
-------------------------------------------------------------------------------

Hari Khamis lepas (23.6.2011), AKRAB (Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam) Jabatan Penilaian Negara bekerjasama dengan AKRAB dari Kementerian Kewangan Malaysia telah menganjurkan satu Kursus Kecemerlangan dalam Motivasi dan Keseronokan Bekerja. Penceramah jemputan mestilah penceramah yang hebat lagi tersohor seantero Malaysia. Best uolls dapat meluangkan masa bersama Dato' Dr. HFK. Memang bermotivasi dan bersemangat (harap-harap semangat dan motivasi haku ni kekal sampai bila2)! Apa yang dapat aku rumuskan dari kursus tersebut ialah:

1. Untuk seronok bekerja, kita kena memaafkan orang.
Apsal ek? Apa kaitan? Mana boleh nak maafkan si polan bin polan tu sebab dia tu betul-betul dah susahkan aku..sakitkan hati aku...dia tu bla, bla bla...Ha, korang prasan tak? Lagi kita marah, lagi kita ungkit-ungkit sebab musababnya, lagi panassss hati kita. Lagi terbakor kita dibuatnya kan? Kalau macam tu, macam mana kita nak seronok datang keje? Asyik berapi je! Sebab tulah, kunci utama nak seronok bekerja ialah maafkan orang. Bila kita maafkan orang (hati mau ikhlas) barulah lapang dada. Hati senang, kita pun seronok! Esoknya barulah ceria masuk opis. Dato' Dr. HFK kata, setiap malam sebelum tido adalah masa terbaik untuk kita memaafkan orang. Kemudian, badan ngiring ke kanan pastu tidola, apa lagi. Ngengenge. Esoknya pulak, kita bangun dengan senyuman. InsyaAllah, pasti anda ceria.


2.  Kenali diri kita
Kalau kita tak kenal diri, tak tahu apa kebolehan kita macam mana kita nak enjoy dalam bekerja. Susah jugakkan orang yang tak kenal diri sendiri ni. Aku la tu. Baru aku tahu slama ni aku ni keras hati rupanya. Bukan degil tau, tapi keras hatinya. Korang cakaple mende-mende pun, kompem muka aku takde efek! Perasaan? Pun takde efek jugak kut. Aku juga seorang yang boros!! Ngengenge. Yang boros tu memang dah tahu dah. Camne nak tahu? Senang je. Sila rujuk tapak tangan kanan masing-masing. Ko tenung je la sampai berapi. Kih kih kih.

 Contoh terbaik: Tapak tangan sendirik
Ni bukan nak tilik nasib, ni nak kenal diri masing-masing bak kata Dato' Dr. HFK. Parah aku lepas ni kalau ada orang  panggil aku tabib! Ngengenge

Kalau keras hati, ko tengok tu...garis pertama jari telunjuk lebih tinggi dari garis pertama jari manis. Begitu ketara tingginya! Kalau lembut hati adalah sebaliknya la, means garis pertama jari manis lebih tinggi dari garis pertama jari telunjuk. Nak tahu pasal keborosan pulak ialah, jeng jeng jeng. Cuba korang perhatikan permulaan jari kelingking begitu jauh sekali dari garis pertama jari manis. Kan...?? Kalau orang tu jimat, jarak jari kelingking dia dengan garis pertama jari manis rapat, takpun tak melebihi garis pertama jari manis. Hehe. Sekarang kita dah kenal diri masing-masing, so lepas ni ceria la ye nak pegi opis! Kekeke.
 
3. Doa
Disamping kita buat yang wajib (itu sudah semestinya tanggungjawab), doa juga merupakan senjata sulit kita. Ingat alat je ada sulit? Kan doa tu merupakan kekuatan kita. Lagi banyak kita berdoa, lagi kuat la kita. Rajin ke kita berdoa? Aku tak amik orang lain. Aku amik aku sebagai contoh. Lagi afdhal! Doa makan pun stakat baca Bismillah je. Yang lepas lima waktu tu pun kadang-kadang je berdoa. Korang ada? Aku ada, kadang-kadang jela. Lepas bagi salam terus bukak telekung. Adeh! Macam mana nak kuat? Uhuhuhu...sendiri mau ingat la beb! Macam-macam doala Dato' Dr. HFK bagi. Tapi yang paling aku ingat 2 doa ni:


Pertama:

 




 Kedua:


Gitulah sedikit sebanyak ilmu yang dapat aku share ngan korang semua. Mana yang elok kita manfaat bersama-sama. Ye dak? Selamat beramal semua.

Sunday, July 17, 2011

Eksperimen Cheese Cake tak payah bako

Uhuk! Uhuk! Uhuk!! Batuk skit sebab rumah blog ni berhabuk! Takde isu-isu baru yang nak diketengahkan. Ehehehe. Apsal saya begitu sibuk? Terlibat dengan aktivi persatuan kah? Owh, tidak sama sekali. Terlibat dengan aktiviti jabatan kah? Pun tidak. Mungkin penat skit kut sebab sedang gigih mengganti hutang puasa yang bersisa! Adeh!!! Huhuhu (tula, buat lagi keje last minute! Padan muka!) Banyak hari jugak aku berhutang. 14 hari dengan jayanya! Muahaha. 7 hari hutang 2010, lagi 7 hari hutang 2009 time bersalinkan Iman. Erkk! Yang bestkan uolls, sambil-sambil membayar hutang, berat haku turun 2 kilo! Yess!!! Tapi uolls, apa yang penting nawaitu kita. Janganla pulak pasal semata-mata nak kurangkan berat badan tu maka korang berpuasa. Salah tu. Kita puasa sebab menjalankan ibadah. Kalau berat turun tu, adalah bonus la bagi kita! Ececece. Puasa, puasa jugak. Ni nak share resipi baru! Jeng jeng jeng...

*

*

*

*

*

*


Non-baked Peach Cheese Cake

Ingredients :

CRUST110g mentega
2 sudu besar gula perang
200g digestive biscuits - dihancurkan (saya guna biskut Munchys Oat tu je, blend halus)
Cornflakes 50g - dihancurkan kasar

Kaedah:
1. Cairkan mentega dengan gula perang.
2. Campurkan bahan-bahan lain.
3. Tekan ke dalam tin kek keju.
4. Sejukkan untuk sekurang-kurangnya 30 minit.

FILLING250g krim keju (saya guna jenama Tatura)
1/2 cawan gula kastor
200ml krim (saya gunakan whip cream Emborg)
3/4 cawan puri peach (peach hirisan. Saya campur sirap dia skit. Boleh jugak masukkan hirisan halus peach)
1 sudu besar gelatin - cairkan dalam air 1/4 cawan dan panaskan sehingga cair

Kaedah:
1. Pukul krim keju dan gula sehingga sebati.
2. Tambah whip cream dan terus pukul sehingga menebal.
3. Tambah puri peach dan kacau rata.
4. Tuangkan campuran gelatin.
5. Tuangkan ke atas crust sejuk tadi.
6. Sejukkanl semalaman.
7. Keluarkan kek dari tin. Susun beberapa hirisan peach di atas. Siap.

Selamat mencuba!

Hohoho...rumah takde oven canggih, sebabtulah menu banyak yang kukus. Ni jumpe pulak cheese cake yang tak payah bako. Campak-campak pastu masuk peti sejuk. Maka harus sangatla dicuba, dan alhamdulillah...eksperimen menjadi!!! First time buat cheese cake, harus dibangga. Maklumla, percubaan berjaya! Si Iman suka makan crust, Si Naim suka makan fillingnya. Licin!!! Next time boleh buat lagi.

Saturday, July 16, 2011

Ada bran??

Skarang ni musim durian tak tentukan? Kalau dulu-dulu time aku kecik, memang tertunggu-tunggu musim durian ni datang. Boleh melantak sepuas-puasnya. Skarang ni tak payah tunggu dah. Rasanya sepanjang tahun musim durian. Sampai aku pun tak tahu, bila sebenarnya musim durian. Cuma kualiti la tak dijamin. Nampak je kuning pekat, bila makan rasa tawar, takkpun keras! Durian paksa masak. Tahun ni dukacita, aunty and uncle aku cakap durian kunyit kat kampung tak menjadi. Aritu pokoknya berbunga lebat sakan. Pastu abeh terbang bunganya gara-gara ribut kuat. Owh, sungguh keciwa!! Takde rezeki tahun ni. Takpe-takpe, kita tunggu tahun depan. Ehehe.

Korang tengok tu, siap ada pakej lagi woo! RM9.90 seorang. Free air lagi!

Gambar ni sempat aku snap masa nak gi jenjalan kat Pandan Indah. Memang macam pesta la! Kalau tak kerana nak kejarkan masa (sebab ada janji ngan orang), kompem aku pun ada skali kat bawak khemah tu. Mentekedarahla korang sampai panas! Ehem-ehem, brapa kali nak isytihar, saya memang pencinta durian!!! Tapi, tak berani la nak beli yang berlambak jual kat tepi jalan tu. Kat depan rumah pun ada jual. Banyak kali kene durian tawar ngan keras. Kalo macam tu rasanya aku tak suka. Sape nanti nak kene telan sampai abes? Aku jugak! Kalau sedap takpe, laju je abis. Hehehe.

p/s: Mr. Peja...jom arr kita gi Kurau, beli durian!!

Sunday, July 10, 2011

Jom bercamping!

Ni la aktiviti dua Hero Malaya aku hujung minggu gini. Bercamping uolls. Kalau kat kampung ni, kompem masuk longkang panjat pokok bagai. Itu pun kalau ada geng la. Kalau takde geng tak jadi gak. Macam best je nengok Hero Malaya aku lepak dalam khemah. Siap ngan toto pastu layan air buah kundur ngan botol beb! Lalok punya! Seb baik khemah kecik. Kalo tak, ngan mak budak ni pun masuk sama join. Petang-petang gini, redup dan ditiup angin. Perghhh...boleh lena dibuatnya!




Saturday, July 9, 2011

Yuhhuuu

Salam uolls. Lama betul aku tak update blog. Apsal ye? Takde cerita ke? Salah satu sebab la kot. 1 sebab mustahak lagi, cik Kodak aku injured sket. Tu yang takde 'sniper' dalam handbag untuk standby shoot pada bila2 masa je dan tanpa mengira tempat. Nak ngusung si Godang idakle. Gedabak besor. Nantila. Nanti aku kasik stori mori sket ye. Tungguu....

Friday, July 1, 2011

Apam Dot Dot

 
 Berseri kan kan kan? Selamat meleleh air liur ye kengkawan!

Huhuhu, alhamdulillah. Percubaan membuat apam dot dot kali ni menjadi! Percubaan kali pertama sungguh GAGAL! Terkeras la pulok. Terlebih tepung kut. Biasala, uolls...kita belajar dari  kegagalan dulu kan? Ini aku buat masa hari Selasa aritu. Jom skodeng resipi.

Bahan-Bahan
3 biji telur
275 gm tepung gandum*
3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
150gm susu segar (fresh milk). Boleh juga ganti dgn susu sejat
1 sudu teh ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette, pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, titiskan pewarna mengikut citarasa
2. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
3. Picitkan/sudukan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. (aku guna cup yang keras tu, so tak yah pakai lapik dah)
4. Picitkan/sudukan blueberry filling secukupnya
5. Picitkan/sudukan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
Kalau uolls nak, boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

PENTING: 
Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah. 
Jangan buka penutup sebelum sampai masa, nanti kempis
Ada yang kata penutup kukus tu kene balot ngan kain, kalau tak nanti apam tu lubang2 (tapi aku tak balut pun, ok je apam aku. Huhu)


Selamat Mencuba :)