Sunday, July 17, 2011

Eksperimen Cheese Cake tak payah bako

Uhuk! Uhuk! Uhuk!! Batuk skit sebab rumah blog ni berhabuk! Takde isu-isu baru yang nak diketengahkan. Ehehehe. Apsal saya begitu sibuk? Terlibat dengan aktivi persatuan kah? Owh, tidak sama sekali. Terlibat dengan aktiviti jabatan kah? Pun tidak. Mungkin penat skit kut sebab sedang gigih mengganti hutang puasa yang bersisa! Adeh!!! Huhuhu (tula, buat lagi keje last minute! Padan muka!) Banyak hari jugak aku berhutang. 14 hari dengan jayanya! Muahaha. 7 hari hutang 2010, lagi 7 hari hutang 2009 time bersalinkan Iman. Erkk! Yang bestkan uolls, sambil-sambil membayar hutang, berat haku turun 2 kilo! Yess!!! Tapi uolls, apa yang penting nawaitu kita. Janganla pulak pasal semata-mata nak kurangkan berat badan tu maka korang berpuasa. Salah tu. Kita puasa sebab menjalankan ibadah. Kalau berat turun tu, adalah bonus la bagi kita! Ececece. Puasa, puasa jugak. Ni nak share resipi baru! Jeng jeng jeng...

*

*

*

*

*

*


Non-baked Peach Cheese Cake

Ingredients :

CRUST110g mentega
2 sudu besar gula perang
200g digestive biscuits - dihancurkan (saya guna biskut Munchys Oat tu je, blend halus)
Cornflakes 50g - dihancurkan kasar

Kaedah:
1. Cairkan mentega dengan gula perang.
2. Campurkan bahan-bahan lain.
3. Tekan ke dalam tin kek keju.
4. Sejukkan untuk sekurang-kurangnya 30 minit.

FILLING250g krim keju (saya guna jenama Tatura)
1/2 cawan gula kastor
200ml krim (saya gunakan whip cream Emborg)
3/4 cawan puri peach (peach hirisan. Saya campur sirap dia skit. Boleh jugak masukkan hirisan halus peach)
1 sudu besar gelatin - cairkan dalam air 1/4 cawan dan panaskan sehingga cair

Kaedah:
1. Pukul krim keju dan gula sehingga sebati.
2. Tambah whip cream dan terus pukul sehingga menebal.
3. Tambah puri peach dan kacau rata.
4. Tuangkan campuran gelatin.
5. Tuangkan ke atas crust sejuk tadi.
6. Sejukkanl semalaman.
7. Keluarkan kek dari tin. Susun beberapa hirisan peach di atas. Siap.

Selamat mencuba!

Hohoho...rumah takde oven canggih, sebabtulah menu banyak yang kukus. Ni jumpe pulak cheese cake yang tak payah bako. Campak-campak pastu masuk peti sejuk. Maka harus sangatla dicuba, dan alhamdulillah...eksperimen menjadi!!! First time buat cheese cake, harus dibangga. Maklumla, percubaan berjaya! Si Iman suka makan crust, Si Naim suka makan fillingnya. Licin!!! Next time boleh buat lagi.

0 comments:

Post a Comment