Saturday, July 16, 2011

Ada bran??

Skarang ni musim durian tak tentukan? Kalau dulu-dulu time aku kecik, memang tertunggu-tunggu musim durian ni datang. Boleh melantak sepuas-puasnya. Skarang ni tak payah tunggu dah. Rasanya sepanjang tahun musim durian. Sampai aku pun tak tahu, bila sebenarnya musim durian. Cuma kualiti la tak dijamin. Nampak je kuning pekat, bila makan rasa tawar, takkpun keras! Durian paksa masak. Tahun ni dukacita, aunty and uncle aku cakap durian kunyit kat kampung tak menjadi. Aritu pokoknya berbunga lebat sakan. Pastu abeh terbang bunganya gara-gara ribut kuat. Owh, sungguh keciwa!! Takde rezeki tahun ni. Takpe-takpe, kita tunggu tahun depan. Ehehe.

Korang tengok tu, siap ada pakej lagi woo! RM9.90 seorang. Free air lagi!

Gambar ni sempat aku snap masa nak gi jenjalan kat Pandan Indah. Memang macam pesta la! Kalau tak kerana nak kejarkan masa (sebab ada janji ngan orang), kompem aku pun ada skali kat bawak khemah tu. Mentekedarahla korang sampai panas! Ehem-ehem, brapa kali nak isytihar, saya memang pencinta durian!!! Tapi, tak berani la nak beli yang berlambak jual kat tepi jalan tu. Kat depan rumah pun ada jual. Banyak kali kene durian tawar ngan keras. Kalo macam tu rasanya aku tak suka. Sape nanti nak kene telan sampai abes? Aku jugak! Kalau sedap takpe, laju je abis. Hehehe.

p/s: Mr. Peja...jom arr kita gi Kurau, beli durian!!

0 comments:

Post a Comment