Salam.
Apa khabar uolls semua? Ada baik? Bagus! Yang kureng baik, cepat-cepat jumpa Tuan Doktor. Apa yang penting? SENYUM!! Tak perlu kata apa-apa! Kali ni nak cerita tentang FLORIA. Memang dah terlambatla kluarkan topik ni. Orang lain dah berzaman dah. Ko je yang slow Mek! Takpela, kali ni aku memang suka buat style pekasam. Peram dulu kan. Kekekeke.
Floria ni bermula dari 9 hingga 17 Julai 2011 bertempat di Waterfront, Presint 2, Putrajaya. Selepas pameran yang berjaya pada tahun 2007, 2009 dan dengan lebih 600 000 pelawat dari seluruh dunia pada tahun 2010, Floria kembali dan bersedia untuk menjadi lebih menakjubkan dan berwarna-warni. Memang pun! Tersangat warna warninya. Rasa macam dalam alam fantasi je beb. Dengan tema pada tahun ini “Roses Are Forever”, Floria 2011 akan mempamerkan koleksi terbesar Ros yang berkembang penuh dalam taman tema luaran dan dalaman. Yang best lagi tu, malam harinya ada perarakan bot berhias ko! Pukul 10 malam ada pertunjukan bunga api! Ka boom!!! Tapikan, yang sedihnya aku pegi sorang je kat Floria. Mr.Peja nak berbunga-bunga ni? Mintak mahap la. Itu pasallah aku pegi ngan kengkawan opis. Waktu rehat hari Jumaat kan panjang. Time tulah merempit! Kekeke.
cak??!!
Kalaula dapat pergi waktu malam, tengok perarakan bot berhias tu dengan pertunjukan bunga api...mesti lagi seronok! Tengok gambor jela. Huhuhu. Tangkap leleh seh tengok gambor-gambor ni. Sumber gambar perarakan bot berhias di petik dari Facebook Perbadanan Putrajaya.
0 comments:
Post a Comment