Mintak mahap. Entri PEKASAM. Aku peram bior cukup masak!
-------------------------------------------------------------------------------
Hari Khamis lepas (23.6.2011), AKRAB (Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam) Jabatan Penilaian Negara bekerjasama dengan AKRAB dari Kementerian Kewangan Malaysia telah menganjurkan satu Kursus Kecemerlangan dalam Motivasi dan Keseronokan Bekerja. Penceramah jemputan mestilah penceramah yang hebat lagi tersohor seantero Malaysia. Best uolls dapat meluangkan masa bersama Dato' Dr. HFK. Memang bermotivasi dan bersemangat (harap-harap semangat dan motivasi haku ni kekal sampai bila2)! Apa yang dapat aku rumuskan dari kursus tersebut ialah:
1. Untuk seronok bekerja, kita kena memaafkan orang.
Apsal ek? Apa kaitan? Mana boleh nak maafkan si polan bin polan tu sebab dia tu betul-betul dah susahkan aku..sakitkan hati aku...dia tu bla, bla bla...Ha, korang prasan tak? Lagi kita marah, lagi kita ungkit-ungkit sebab musababnya, lagi panassss hati kita. Lagi terbakor kita dibuatnya kan? Kalau macam tu, macam mana kita nak seronok datang keje? Asyik berapi je! Sebab tulah, kunci utama nak seronok bekerja ialah maafkan orang. Bila kita maafkan orang (hati mau ikhlas) barulah lapang dada. Hati senang, kita pun seronok! Esoknya barulah ceria masuk opis. Dato' Dr. HFK kata, setiap malam sebelum tido adalah masa terbaik untuk kita memaafkan orang. Kemudian, badan ngiring ke kanan pastu tidola, apa lagi. Ngengenge. Esoknya pulak, kita bangun dengan senyuman. InsyaAllah, pasti anda ceria.
2. Kenali diri kita
Kalau kita tak kenal diri, tak tahu apa kebolehan kita macam mana kita nak enjoy dalam bekerja. Susah jugakkan orang yang tak kenal diri sendiri ni. Aku la tu. Baru aku tahu slama ni aku ni keras hati rupanya. Bukan degil tau, tapi keras hatinya. Korang cakaple mende-mende pun, kompem muka aku takde efek! Perasaan? Pun takde efek jugak kut. Aku juga seorang yang boros!! Ngengenge. Yang boros tu memang dah tahu dah. Camne nak tahu? Senang je. Sila rujuk tapak tangan kanan masing-masing. Ko tenung je la sampai berapi. Kih kih kih.
Contoh terbaik: Tapak tangan sendirik
Ni bukan nak tilik nasib, ni nak kenal diri masing-masing bak kata Dato' Dr. HFK. Parah aku lepas ni kalau ada orang panggil aku tabib! Ngengenge
Kalau keras hati, ko tengok tu...garis pertama jari telunjuk lebih tinggi dari garis pertama jari manis. Begitu ketara tingginya! Kalau lembut hati adalah sebaliknya la, means garis pertama jari manis lebih tinggi dari garis pertama jari telunjuk. Nak tahu pasal keborosan pulak ialah, jeng jeng jeng. Cuba korang perhatikan permulaan jari kelingking begitu jauh sekali dari garis pertama jari manis. Kan...?? Kalau orang tu jimat, jarak jari kelingking dia dengan garis pertama jari manis rapat, takpun tak melebihi garis pertama jari manis. Hehe. Sekarang kita dah kenal diri masing-masing, so lepas ni ceria la ye nak pegi opis! Kekeke.
3. Doa
Disamping kita buat yang wajib (itu sudah semestinya tanggungjawab), doa juga merupakan senjata sulit kita. Ingat alat je ada sulit? Kan doa tu merupakan kekuatan kita. Lagi banyak kita berdoa, lagi kuat la kita. Rajin ke kita berdoa? Aku tak amik orang lain. Aku amik aku sebagai contoh. Lagi afdhal! Doa makan pun stakat baca Bismillah je. Yang lepas lima waktu tu pun kadang-kadang je berdoa. Korang ada? Aku ada, kadang-kadang jela. Lepas bagi salam terus bukak telekung. Adeh! Macam mana nak kuat? Uhuhuhu...sendiri mau ingat la beb! Macam-macam doala Dato' Dr. HFK bagi. Tapi yang paling aku ingat 2 doa ni:
Pertama:
Kedua:
Gitulah sedikit sebanyak ilmu yang dapat aku share ngan korang semua. Mana yang elok kita manfaat bersama-sama. Ye dak? Selamat beramal semua.
0 comments:
Post a Comment